Sign In

Memulakan Perniagaan


 
Rate this (5 Votes)


Menjadi seorang usahawan atau memulakan perniagaan baru adalah perkara yang menarik namun boleh memberi tekanan. Jika awda sedang berfikir untuk  menceburi bidang perniagaan atau ingin memulakan perniagaan awda, sila ketahui lebih lanjut perkara-perkara yang berkaitan mengenainya.

Memulakan Perniagaan


  • Adakah awda masih berfikir sama ada awda perlu menceburi bidang perniagaan dan bertanya-tanya apakah yang patut awda lakukan? Sila baca tips untuk mendapatkan gambaran ringkas mengenai perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum dan selepas memulakan perniagaan awda.
  • Ketahui perbezaan diantara struktur perniagaan di Brunei Darussalam bagi menetapkan jenis perniagaan awda hendak menceburi.
  • Awda kini boleh mendaftar perniagaan awda secara online. Ketahui lebih lanjut mengenainya disini.
  • Ingin membuka Koperasi? Ketahui lebih lanjut disini.
  • Bergantung kepada jenis aktiviti perniagaan, awda mungkin memerlukan kebenaran daripada agensi tertentu sebelum memulakan perniagaan. Sebagai contoh, perniagaan makanan kini dikehendaki memohon Sijil Halal atau Permit Halal. Ketahui lebih lanjut di sini tentang kebenaran-kebenaran yang berkaitan dengan perniagaan awda.
  • Adakah awda mencari tenaga pekerja untuk memulakan operasi perniagaan awda? Awda boleh memohon pengambilan pekerja tempatan melalui JobCentre Brunei, atau memohon kebenaran pengambilan pekerja asing.


Lokasi Perniagaan


  • Premis komersial adalah lokasi yang paling sesuai untuk pelbagai jenis perniagaan. Premis yang boleh disewa banyak diiklankan melalui ejen hartanah tempatan, laman web atau di akhbar tempatan.
  • Ketahui tentang proses pembelian bangunan komersil atau tanah persendirian untuk aktiviti perniagaan awda disini.
  • Merancang untuk membina atau mengubahsuai premis komersial? Lengkapi diri awda dengan maklumat penting mengenai cara mendapatkan permit pembinaan, bila ‘Occupation Permit’ diperlukan, dan bila awda patut mendapatkan khidmat Arkitek atau Jurutera Profesional.
  • Tapak dan kompleks perindustrian dengan infrastruktur dan kemudahan awam yang sedia ada adalah diuruskan oleh DARe (Darussalam Enterprise). Ketahui lebih lanjut mengenai garis panduan dan proses permohonan tapak dan kompleks perindustrian.


Papan tanda untuk Premis Perniagaan awda


  • Ketahui cara memohon papan tanda untuk premis perniagaan awda.