Sign In

Struktur perniagaan


 
Rate this


Terdapat beberapa jenis entiti perniagaan yang didaftarkan di Negara Brunei Darussalam. Fahami kriteria, liabiliti dan dokumen yang diperlukan untuk setiap jenis entiti untuk menetapkan mana yang paling sesuai untuk keperluan awda. Sekiranya awda ingin mendaftarkan perniagaan di Negara Brunei Darussalam, awda perlu mendaftar sama ada sebagai perniagaan Pemilik Tunggal, Perkongsian atau Syarikat. Maklumat di bawah meringkaskan aspek utama bagisetiap jenis perniagaan:

Jenis-jenis Perniagaan

​Jenis Perniagaan ​Pemilik Tunggal ​Perkongsian​Syarikat (Sdn Bhd/Bhd)

Definisi

Perniagaan yang dimiliki oleh seorang pemilik

​Perniagaan yang dimiliki sekurang-kurangnya dua (2) orang rakan kongsi atau lebih

Suatu perniagaan sah yang di tubuhkan di mana pemegang saham dan pengarah adalah dua entity yang berbeza

​Dimiliki oleh

Di miliki oleh seorang (1) pemilik

Di miliki sekurang-kurangnya dua (2) orang dan tidak melebihi dua puluh (20) rakan kongsi

Syarikat Sendirian Berhad

Pemegang saham terdiri daripada 2 pemegang saham dan tidak melebihi 50 pemegang saham

Syarikat Berhad

Syarikat Berhad mempunyai sekurang-kurangnya 7 pemegang saham

​Status Undang-Undang

Pemilik dan perniagaan di rujuk sebagai satu entiti yang sama


Liabiliti pemilik adalah tidak terhad


Pemilik boleh mendakwa atau di dakwa terhadap pemilik itu sendiri


Tidak boleh memiliki hartanah atas nama perniagaan


Pemilik bertanggungjawab terhadap hutang dan kerugian perniagaan

​Pemilik dan perniagaan di rujuk sebagai satu entiti yang sama


Liabiliti rakan kongsi adalah tidak terhad


Rakan kongsi boleh boleh mendakwa atau di dakwa atas rakan kongsi sendiri 


Tidak boleh memiliki hartanah atas nama perniagaan


Rakan kongsi bertanggungjawab terhadap hutang piutang dan kerugian yang di sebabkan oleh perkongsian berkenaan   

​Ahli dan Pengarah di rujuk sebagai entiti yang berasingan


Liabiliti bagi ahli adalah terhad


Boleh mendakwa atau didakwa atas nama syarikat


Boleh memiliki hartanah atas nama syarikat



Ahli tidak bertanggungjawab terhadap hutang dan kerugian syarikat

Keperluan pendaftaran

​Pemilik sekurang-kurangnya berumur 18 tahun ke atas


Terdiri daripada Warganegara dan Penduduk tetap sahaja


Tidak Muflis (seorang di sahkan muflis tidak di benarkan untuk mentadbir perniagaan melainkan dengan kelulusan oleh pihak mahkamah) 

​Rakan kongsi sekurang-kurangnya berumur 18 tahun 


Terdiri daripada Warganegara dan Penduduk tetap sahaja


Tidak Muflis (seorang di sahkan muflis tidak di benarkan untuk mentadbir perniagaan melainkan dengan kelulusan oleh pihak mahkamah)

Pengarah syarikat sekurang-kurangnya berumur 18 tahun 

Hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) orang pengarah. Jika ada dua (2) pengarah seorang pengarah mestilah mempunyai status ‘Ordinarily Resident’ di Negara Brunei Darussalam. 


Tidak Muflis (seorang di sahkan muflis tidak di benarkan untuk mentadbir perniagaan melainkan dengan kelulusan oleh pihak mahkamah)

Formaliti dan perbelanjaan

 ​Cepat dan mudah untuk didaftarkan 


Mudah untuk di uruskan dan di tadbir


Kos pendaftaran perniagaan adalah secara minima


Kurang tugas-tugas pentadbiran

​Cepat dan mudah untuk didaftarkan 


Mudah untuk di uruskan dan di tadbir


Kos pendaftaran perniagaan adalah secara minima

Kurang tugas-tugas pentadbiran

​Kos lebih tinggi untuk ditubuhkan dan dikekalkan

Banyak formaliti serta peratuan-peraturan yang perlu di patuhi

Penyata Tahunan hendaklah dihadapkan sebagai salah satu Keperluan bagi syarikat untuk dipatuhi dan mengadakan Mesyuarat Agung


​Yuran

​Yuran Pendaftaran adalah sebanyak $30

Yuran Pendaftaran adalah sebanyak $30

Yuran Penubuhan adalah sebanyak $300

Kesinambungan entiti perniagaan

​Wujud selagi pemilik perniagaan tersebut masih hidup dan berkeinginan untuk meneruskan perniagaan

Wujud berdasarkan perjanjian pekongsian

​Syarikat merupakan kekal sehingga berlakunya penggulungan syarikat ataupun penutupan syarikat

Penutupan perniagaan

Penutupan perniagaan boleh di lakukan oleh pemilik perniagaan tersebut

Penutupan perniagaan atau pembubaran perkongsian boleh di lakukan oleh rakan kongsi

 ​Penggulungan syarikat – Secara sukarela oleh Ahli ataupun melalui mahkamah 

Pembatalan Pendaftaran Syarikat

Sumber: www.mof.gov.bn 


Kelayakan dan keperluan

Ketahui lebih lanjut mengenai kelayakan dan dokumen yang diperlukan untuk mendaftarkan perniagaan (iaitu milik tunggal atau perkongsian), atau menubuhkan syarikat (iaitu syarikat Berhad atau Sendirian Berhad yang mempunyai liabiliti terhad).