Sign In

Daftar perniagaan awda


 
Rate this


Awda kini boleh mendaftar perniagaan atau menubuhkan syarikat secara online dengan satu langkah.

SAB.jpg

Penubuhan Syarikat ATAU Pendaftaran Nama Perniagaan


Menubuhkan perniagaan kini boleh dilakukan secara online dengan satu langkah, setelah awda membuat akaun dan log masuk ke akaun awda di www.roc.gov.bn. Setelah log masuk, awda boleh melengkapkan borang permohonan secara online dengan salah satu pilihan seperti berikut:

  • Penubuhan syarikat dengan yuran penubuhan sebanyak $300 (Sendirian Berhad/Berhad)

ATAU

  • Pendaftaran nama perniagaan dengan yuran pendaftaran sebanyak $30 (Pemilik Tunggal ataupun Perkongsian)

Awda hendaklah memuatnaik dokumen-dokumen yang diperlukan bagi mendaftarkan perniagaan atau menubuhkan syarikat.

Setelah melengkapkan borang permohonan tersebut, awda boleh menghadapkan permohonan tersebut dan terus menghadapkan pembayaran yuran secara online.

Sebaik sahaja permohonan awda diluluskan, awda akan menerima Sijil Pendaftaran Syarikat atau Sijil Pendaftaran Perniagaan melalui e-mel di dalam tempoh satu hari bekerja.